Write For Us

'Memang syarikat RM2, ada kerajaan di belakangnya' - kata Rahman Dahlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak ada masalah dengan Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang bermodalkan RM2 untuk menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
“ECRL adalah syarikat yang diwujudkan sebagai ‘special purpose vehicle’ (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia walaupun bermodalkan RM2 tetapi kerajaan Malaysia berada di belakangnya.
“Tak timbul isu langsung siapa yang tubuh syarikat, yang penting siapa dibelakangnya,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani ECRL bernilai RM 46 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment