Write For Us

Rafizi perlu bersyukur, kata Rahman Dahlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli perlu bersyukur kerana Saudi Aramco memilih Malaysia untuk menjalin kerjasama.
"Pada saya, soal tentang Aramco ini saya sendiri ke Riyadh sampailah dia kata ada berlaku ketidak adilan dalam perjanjian ini.
"Saya harap Rafizi perlu bersyukur kerana kerajaan Saudi Arabia bersama Saudi Aramco memilih Malaysia dan perjanjian ini memberikan pekerjaan sebanyak 60,000 semasa pembinaan Pengerang ini dan bila siap nanti kerjasama ini memberikan 8,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia," kata Abdul Rahman.
Minggu lalu, Rafizi mempersoalkan sama ada campur tangan Abdul Rahman yang didakwanya menyebabkan Petronas terpaksa membayar harga minyak mentah dari Saudi Aramco dengan harga lebih mahal.
Katanya, ini kerana dalam laporan Reuters sebelum ini dengan jelas menyebut bahawa sumbernya menyebut Saudi Aramco menyatakan keputusan menggantung penyertaannya dibuat setelah mereka mendapati pulangan pelaburan yang tidak mencukupi.
"Ini bermakna salah satu punca utama kenapa tidak ada persetujuan di antara Petronas dan Saudi Aramco sebelum campur tangan Datuk Seri Najib (Razak) dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan adalah berkisar mengenai kadar keuntungan pelaburan yang ditetapkan oleh Saudi Aramco yang mungkin tidak dipersetujui oleh Petronas," kata Rafizi lagi.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tanggunjawab membangunkan ekonomi negara bukan di pihak kerajaan sahaja sebaliknya pakatan pembangkang juga.
Oleh itu, Abdul Rahman meminta agar Rafizi tidak hanya tahu berpolitik sahaja.
"Jadi, kalau itu yang dikatakan tidak adil, saya tak tahu nak cakap apa.
"Saya nak bagi tahu bahawa pandangan sayalah untuk kita bangunkan ekonomi ini bukan kerja kerajaan saja. Rafizi bertanggungjawab, jangan terlalu sangat berpolitik," kata Abdul Rahman.
Terdahulu, Abdul Rahman merasmikan Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR 2.0) di Putrajaya sebagai mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat hadir kerana menghadiri acara rasmi di Istana Negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment