Write For Us

'Tanya saya, saya Menteri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau sekali gus menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.
"Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik...jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialan Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja.
"Kalau nak kata belum warta, itu betul, tapi bukan boleh menghalang kehendak anggota Parlimen kita yang telah sebulat suara meluluskan kerana cukai ini akan dilaksanakan, dan pasti akan dilaksanakan. Jadi sasaran kita ialah 1 Julai," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan 'Perfect China Seminar - The New Beginning' di sini malam tadi.
Anggota Parlimen Padang Rengas itu berkata pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.
Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment