Skandal 1MDB menjadi sorotan muka hadapan majalah hal ehwal semasa terkemuka Indonesia, Tempo.
Muka hadapan itu memaparkan ilustrasi kapal mewah Equanimity dengan karikatur kelihatan seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang dikenali sebagai jho Low.
Di bawah kapal mewah itu terdapat dua penyelam sedang melihat sebuah peti besi gergasi.
Tajuk utamanya berjudul, 'Pesiar Rasuah 1MDB'.
Tajuk kecil Majalah Tempo itu bertulis: "Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak."
Kapal persiaran mewah itu dirampas pada 28 Februari lalu di pesisir pantai Teluk Benoa di Bali dalam operasi bersama di antara pihak berkuasa Indonesia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.
Edisi 1MDB Majalah Tempo akan berada di pasaran Indonesia bermula hari ini bagi edisi bertarikh 12 Mac sehingga ke 18 Mac ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment