Write For Us

Tempoh sewa Rumah Transit 1Malaysia dilanjutkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
169 Views
Published
Kumpulan pertama penduduk Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) Pinggiran Bukit Jalil kini boleh terus menyewa rumah terbabit sehingga akhir tahun ini, kata Tan Sri Noh Omar.
RT1M adalah bagi membantu pasangan muda baru berkahwin yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dengan kos sewaan rendah bagi meringankan beban mereka.
Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata ketetapan lanjutan tempoh sewa itu dibuat selepas mempertimbang beberapa masalah yang dihadapi penghuni kediaman RT1M.
Noh berkata tempoh sewa bagi kumpulan pertama seramai 162 orang itu sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini selepas genap dua tahun.
Noh memberitahu demikian dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra Penduduk RT1M di Pinggiran Bukit Jalil, Kuala lumpur, malam tadi.
Kata Noh, setakat ini pihaknya menerima 111 rayuan dari 162 penyewa terbabit untuk melanjutkan tempoh sewaan mereka.
Mengulas lanjut, Noh berkata ciri-ciri utama penyewa yang akan disambung tempoh sewaan mereka juga akan diberi keutamaan oleh pihaknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment