Write For Us

Terengganu selaras bil air dan pembetungan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Terengganu menjadi negeri pertama di Semenanjung Malaysia melaksanakan sistem pengebilan bersepadu bil air dan pembetungan yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.
Ia mengikut jejak langkah Jabatan Bekalan Air Labuan (JBAL) yang bekerjasama dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk melaksanakan inisiatif sama pada 2016.
Sebagai permulaan, pengebilan bersepadu itu akan membabitkan 20,661 akaun dengan bil pertama bakal dikeluarkan Mac depan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar, berkata Kerajaan Pusat gembira dengan persetujuan syarikat air milik kerajaan Terengganu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dan IWK untuk menjalinkan kerjasama bagi tujuan itu.
Katanya, sistem itu diyakini mampu meningkatkan tahap perkhidmatan melalui peningkatan kutipan yang terbukti menerusi pelaksanaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang menyaksikan kadar kutipan caj pembetungan sehingga September lalu meningkat 91.6 peratus.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment