Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gembira dengan keputusan Indonesia untuk menyerahkan kapal persiaran mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
Melalui video di media sosial, Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo kerana kerjasama dan bantuan republik itu dalam menyelesaikan "salah satu masalah" yang dihadapi Malaysia.
“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia, terutamanya bapa Jokowi, presiden Indonesia yang begitu bekerjasama dengan Malaysia untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir berkata jika ada mana-mana pihak yang ingin menuntut pemilikan kapal layar tersebut, mereka boleh tampil dan menunjukkan bukti.
“Kalau mereka tak dapat bukti duit ini datang daripada mereka sendiri dan bukan duit yang dicuri maka mereka berhak mendapat balik kapal ini,” katanya.
Timbalan pengarah jenayah khas dan ekonomi jabatan polis pusat republik itu, Daniel Silitonga berkata kapal mewah itu akan diserahkan di sempadan antara Indonesia dan Malaysia sama ada hari ini, atau esok.
Kapal tersebut kini berada di perairan antara Singapura dan Pulau Batam, Indonesia.
Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal itu atas permintaan DOJ.
Sejak itu, pemilik berdaftar Equanimity telah mencuba untuk mencabar penyitaan atas alasan prosedur, dan kes juga difailkan di mahkamah AS untuk menentukan pemilikannya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment