Write For Us

TERKINI : Jalan Masjid India Kini Tidak Lagi Meriah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Jalan Masjid India yang biasanya sesak dipenuhi para peniaga serta orang awam kini sunyi sepi selepas kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion sejak Selasa lalu.

Tinjauan Malaysia Gazette mendapati penguatkuasaan PKPD di kawasan tersebut begitu ketat dengan keliling bangunan dipagar menggunakan gelung dawai berduri selain kelihatan anggota polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal sepanjang masa.

Para petugas media yang menjalankan liputan hanya dibenarkan berada di belakang garisan polis dan sama sekali tidak dibenarkan mendekati zon larangan berkenaan.

Selain itu, turut kelihatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) membuat persiapan sebelum melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penghuni dikedua-dua bangunan tersebut.

Para penghuni di Malayan Mansion terlebih dahulu diminta untuk berbaris sebelum petugas KKM memanggil mereka untuk diambil sampel dari hidung dan tekak.

Dalam masa sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut terlibat mengagihkan bantuan barangan keperluan serta makanan kepada penghuni di bangunan tersebut.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment