Write For Us

TERKINI : Kerajaan Utamakan Nyawa Pelajar, Kekal di Kampus - Arthur Joseph

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
BANGI - Keputusan kerajaan untuk tetap tidak membenarkan pelajar universiti pulang ke kampung halaman masing-masing pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini adalah demi keselamatan dan nyawa mereka.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup, cara ini adalah yang terbaik memastikan keselamatan semua rakyat pelbagai lapisan masyarakat dalam negara terjamin khususnya mengelakkan pelajar universiti terdedah dengan risiko dijangkiti wabak Covid-19.

"Tapi dalam masa yang sama niat kita untuk mereka kekal di kampus kerana mengutamakan keselamatan nyawa mereka supaya mereka tidak balik ke kampung masing-masing yang mungkin memberi risiko jangkitan yang lebih tinggi.

"Jadi kita minta semua kekal di tempat duduk masing-masing, kekal di kampus dan sama-sama memberi sokongan," katanya kepada MalaysiaGazette.

Arthur terdahulu hadir di Pusat Pengurusan Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini bagi menyerahkan bantuan makanan kepada pelajar Universiti tersebut.

Bantuan makanan yang diagihkan hari ini adalah sumbangan daripada Koperasi Tanjong Keramat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment