Write For Us

TERKINI : Ramadan di Kampus Mungkin Berbeza tapi "KEMANISAN IMAN" Itu Ada - Pelajar UKM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
58 Views
Published
BANGI - Sesiapa pun pastinya menantikan Ramadan dan Aidilfitri setiap tahun untuk disambut bersama-sama keluarga tercinta.

Namun tahun ini kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan seterusnya berhari raya bersama keluarga kelihatan tipis, apabila negara sehingga kini masih dalam usaha memerangi covid-19 yang sedang melanda.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Zamri Madimundri menjangkakan, tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga Aidilfitri nanti.

Sekiranya benar, maka Aidilfitri tahun ini adalah yang pertama buat anak jati Tawau ini tidak bersama keluarga, namun pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ini sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Baginya, semua pelajar yang berada di kampus buat masa ini perlu bersedia terhadap keadaan itu memandangkan situasi kerajaan di semua peringkat termasuklah barisan hadapan sedang bertungkus lumus menangani wabak Covid-19.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment