Write For Us

TERKINI : KKM Menyeru Pelajar IPT Ambil Iktibar Tidak Patuh Notis Arahan Kuarantin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
PUTRAJAYA - Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah dihantar pulang diminta supaya mengambil iktibar daripada beberapa kes pelajar IPT yang telah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah, namun didapati tidak patuh kepada notis arahan yang diberikan.

Itu nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, pelajar IPT yang ingkar sebelum ini telah melanggar arahan di bawah Seksyen 14, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,1988
(Akta 342).

"Mereka ini juga kemudiannya didapati positif Covid-19. Ini boleh memberi risiko jangkitan Covid-19 kepada orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik," katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment