AVA360 Advertising

TERKINI : Pengurus Bar Didakwa Mabuk, Pukul Polis

Loading...
6 Views
Published
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kedai aksesori berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah 13 di sini pagi ini atas kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan dalam kejadian 1.30 pagi tadi.

Tertuduh berbaju kemeja T berwarna merah berlogo pasukan bola sepak England dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari sekitar 9.30 pagi tadi.


Tertuduh, Khor Yong Zhang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes dibicarakan di mahkamah.

Beliau yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi setelah kertas pertuduhannya dibacakan.


Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa sebagai pemandu kenderaan jenis Nissan Grand Livina telah memandu kenderaan tersebut di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 miligram (mg) atau 100 mililiter iaitu melebihi 81 mg daripada had yang ditetapkan iaitu 80 mg.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment