'Datuk Seri' yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas Jumaat lalu, ditahan pada jam 4 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, menegsahkan suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Memetik laporan Berita Harian Online, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA itu masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta 'Datuk Seri' itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment