Pengarah Eksekutif (pengurusan projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan berkaitan rasuah RM2.9 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1.5 juta.
Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM1 juta bagi semua pertuduhan itu dan menetapkan 13 Oktober bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen yang berkaitan.
Mahkamah memerintahkan supaya tertuduh mendepositkan wang jaminan RM400,000 hari ini sementara bakinya RM600,000 pada Rabu depan.
Perbicaraan akan didengar pada 9 hingga 13 Januari 2017.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Adha Abu Bakar dan Ahmad Akram Karim manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan dan T. Gunaseelan.
SPRM sebelum ini menahan reman Syed Afendy Ali selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos lalu sebelum menyambung tempoh tahanannya selama lima hari lagi sehingga 27 Ogos ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment