Write For Us

TERKINI : Prabakaran Fitnah dan Mengelirukan!! Santhara Kumar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dianggap sengaja mengelirukan dan memfitnah apabila mendakwa berlaku pertelingkahan di antaranya dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Datuk Seri Santhara Kumar sebaliknya berkata kedatangan Ahli Parlimen itu semalam menganggu mesyuarat yang sedang berlangsung demi memperincikan perkara berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD yang di kawasan Sri Murni di pusat kawalan Command Centre.

Tambah beliau Prabakaran dengan nada yang tinggi dan lantang seolah-olah tidak berpuas hati mempertikaikan kawasan tersebut yang diwartakan sebagai PKPD.

Tidak menghalaunya, Santhara menjelaskan hanya meminta Ahli Parlimen Batu itu menunggu di luar bilik mesyuarat sehingga mesyuarat selesai.

"Datuk Seri Mazlan Lazim
berjumpa dengan agens-agensi (berkaitan) dia datang buka pintu terus masuk saya minta dia tunggu sekejap sebab saya belum habis mesyuarat.

"Tapi pada masa itu beliau agak lantang tanya kenapa kawasan ini di PKPD kawasan ini tidak. Nadanya bercakap dengan Ketua Polis KL pun nadanya tinggi. Selepas beberapa minit saya panggil semula beliau datang berjumpa tapi beliau sudah buat FB Live," jelasnya ketika sidang media di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini di sini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment