Write For Us

TERKINI : Saya Akan Kaji Apa Anwar Kata - Tun Mahathir

Loading...
Google Rank
34 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji terlebih dahulu tawaran kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika parti baharunya mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diluluskan.

Bekas Pengerusi PH itu berkata, beliau sebenarnya tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran tersebut.

“Saya tak tahu apa yang dia (Anwar) cakap, saya akan kaji dulu,” katanya ringkas kepada media di sini hari ini.

Bekas perdana menteri itu ditanya wartawan mengenai kenyataan Anwar semalam yang sedia mempertimbang kemasukan parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Dr Mahathir dalam gabungan PH.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment