Write For Us

TERKINI : Saya Masih Pengerusi Bersatu, Pemecatan Saya Tidak Sah - Tun Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau masih lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pemecatannya dari parti itu tidak sah.

Beliau berkata, pengumuman mengenai penggugurannya daripada parti tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam tidak mengikut perlembagaan parti kerana beliau (Muhammad Suhaimi) telah dipecat lebih awal.

“Saya sebagai pengerusi masih lagi memegang jawatan itu dan Datuk Marzuki (Yahya) adalah Setiausaha (Agung) parti. Dia masih lagi memegang jawatan berkenaan,” katanya pada sidang di sini hari ini.

Menurut Mahathir lagi, pemecatan beliau menjadi tidak sah kerana pelantikan setiausaha agong baharu yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibuat mengikut lunas yang betul.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment