Write For Us

TH catat keuntungan bersih RM440 juta suku pertama 2019

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatatkan prestasi yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018.
Bagi suku tersebut, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta.
Dalam kenyataan hari ini, TH berkata kedudukan kewangannya semakin kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.2 bilion, disokong oleh peningkatan prestasi portfolio pelaburan serta kualiti keseluruhan aset yang sihat setelah rosot nilai dibuat pada tahun 2018.
Menurut TH, pendapatannya djangka terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan Sukuk oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang akan memberi pulangan hampir RM800 juta setahun dan pelaksanaan proses pelarasan pelaburan baharu.
Dalam tempoh tiga bulan suku pertama, lebih daripada 91,000 akaun simpanan baru telah dibuka, seterusnya meningkatkan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 9.3 juta, jelasnya.
TH merekodkan simpanan baharu sebanyak RM4.3 bilion manakala pengeluaran sebanyak RM4.6 bilion
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment