Write For Us

'Thank you Mr Najib, xoxo Donald', pembangkang ajuk Trump

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengajuk Donald Trump sebagai menyindir pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
Ketika sesi bergambar selepas sidang media di Petaling Jaya pagi tadi, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mengenakan rambut palsu berwarna perang dan kot seperti Trump.
Sim dan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad turut memakai tali leher merah yang sinonim dengan pemimpin kontroversi itu.
Bersama-sama Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin, mereka mengangkat plakad berwarna biru tertulis "Trump: Make America Great Again".
Sim dan Dzulkefly turut mengangkat plakad yang tertulis "Thank you Mr Najib. xoxo Donald". Xoxo adalah singkatan yang biasa digunakan bermaksud 'pelukan dan ciuman'.
Pembangkang sebelum ini mengkritik kenyataan Najib di Washington yang negara akan membantu mengukuhkan ekonomi AS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment