Write For Us

Tiada keperluan tambah Adun di Pahang - Tuan Ibrahim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Seorang pemimpin kanan PAS mengkritik pelantikan ahli politik sebagai Adun lantikan dengan menyifatkan ia tiada keperluan dan menambah beban kewangan.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Adun Cheka berkata demikian selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail untuk melantik Adun lantikan.

Tuan Ibrahim berpandangan Adun lantikan seharusnya mewakili golongan minoriti seperti Orang Asli dan Orang India, serta Orang Kurang Upaya (OKU) atau profesional.

Terdahulu, Wan Rosdy mengusulkan pelantikan Ketua Umno Jerantut Haris Salleh Hamzah, Ketua MCA Temerloh Wong Tat Chee, Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin.


Sumber video: https://www.facebook.com/paspahang/videos/1424454668237433
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment