Write For Us

'Tiada kes Rabies baharu dilaporkan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Tiada kes penyakit anjing gila atau rabies baharu yang dilaporkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.
Sehingga semalam, katanya, 68 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak daerah Serian, Sarawak dan rawatan dan vaksin serta aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies turut diberikan kepada penduduk kampung. 
Katanya 11 pasukan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah melaksanakan 'Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing di 19 kampung di Serian, melibatkan 2,098 pintu rumah dan 6,094 orang ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.
Dalam sidang media di kementeriannya di sini, Dr Subramaniam berkata kes gigitan anjing itu disyaki berpunca daripada penularan wabak rabies yang aktif di Kalimantan yang bersempadan dengan Serian.
Semalam, dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti rabies di Sarawak meninggal dunia selepas mengalami kematian otak dan ibu bapa mereka bersetuju bantuan pernafasan dihentikan. Seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun masih dirawat di Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment