Write For Us

Tidak rasmi menang Ketua AMK: Akmal kata tunggu JPP umum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Ahli-ahli Pemuda PKR (AMK) pagi ini dilihat mengucapkan tahniah kepada angota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di atas pemilihannya sebagai ketua Pemuda baru parti itu walaupun keputusan rasmi belum diumumkan.
Keputusan pemilihan bagi jawatan berkenaan dijangka diketahui jam 5.25 petang hari ini di kongres sayap parti itu yang diadakan di Shah Alam.
Berita kemenangan Akmal mengalahkan pencabarnya, Afif Bahardin dengan majoriti tipis kurang 50 undi tersebar di kongres berkenaan sejak pagi ini
Ketika didekati wartawan, Akmal enggan mengulas lanjut.
"Mereka mungkin mendengar keputusan tidak rasmi," kata Akmal, sambil menambah bahawa jawatankuasa pemilihan akan mengumumkan keputusannya nanti.
Beliau berkata kedua-dua pihak perlu bergerak ke hadapan dan berdamai selepas pemilihan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment