Write For Us

Siapa PM? Tunggu menang PRU, kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak cadangan bekas menteri yang kini menjadi ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai calon Perdana Menteri bayangan.
"Kita menang dulu pilihan raya baru kita namakan calon Perdana Menteri.
"Zaid kena menang di Kelantan dahulu, menang di Perak menang di Pahang dan kita gabungkan semua ini untuk bentuk kerajaan persekutuan," tambah Azmin.
Zaid dalam sebuah portal berkata gabungan itu perlu menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.
Untuk berbuat demikian, kata Zaid, parti yang menganggotai PH perlu melupakan ego mereka dan cuba memujuk Dr Mahathir kembali memegang jawatan yang pernah disandangnya selama 22 tahun sehingga 2003.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment