Write For Us

Timbalan Presiden PKR sedia jumpa Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Di saat PAS secara umumnya sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, masih ada ruang perbincangan antara kedua-dua parti.
Kata timbalan presiden PKR itu, setiap parti mempunyai daya tarikan dan kekuatan masing-masing dan ia perlu digarapkan dengan betul.
Namun kata Azmin, untuk memungkinkan keadaan itu berlaku, semua pihak perlu mempunyai kerendahan hati untuk duduk bersama dan berbincang.
Justeru, menteri besar Selangor itu menyatakan kesanggupannya bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang.
"Ya, terdapat perbezaan (antara kedua-dua parti ketika ini) tetapi saya fikir ia boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus," tegas Azmin di Shah Alam semalam.
Belilau ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Selepas satu demi satu PAS kawasan meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR, cadangan berkenaan kemudian dibahas dan diterima sebulat suara oleh muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah kira-kira seminggu lalu.
Keadaan itu dianggap menjadikan hubungan PKR - PAS berada pada tahap paling dingin setakat ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment