Write For Us

TMJ dedah angkara siapa Morais, Diaz 'keluar' JDT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan sebab penyerang sensasi JDT, Jorge Pereyra Diaz meninggalkan kelab itu.
Dalam satu video di laman JOHOR Southern Tigers semalam, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata ia adalah kerana bekas jurulatih kecergasan JDT, Fernando.
Kata TMJ, Fernando menghasut Diaz hingga timbul perbalahan antara pemain asal Argentina itu dengan bekas jurulatih Ulisses Morais.
Bagi isu Morais pula katanya, ya memang jurulatih itu ingin meninggalkan JDT kerana isteri beliau akan menjalani pembedahan di Portugal dan beliau ingin pulang menjaga isteri selepas pmbedahan itu.
Namun disebalik itu menurut TMJ ada juga isu Morais berbalah dengan Diaz sejak pramusim 2018 dan apabila diselidik ia berpunca dari Fernando.
"Apa yang terjadi, bila jurulatih (baru) datang ke sini (JDT), mereka akan bawa kakitangan mereka sendiri termasuk jurulatih kecergasan dan pegawai fisioterapi.
"Jadi, Fernando rasa kurang senang, takut tempat beliau diambil orang lain dan beliau tiada kerja.
Apa yang beliau buat, beliau menggunakan hubungan rapat dengan pemain untuk menyucuk (menghasut) pemain bagi memastikan pemain ada masalah dengan jurulatih"
Susulan itu TMJ memecat Fernando dan sudah menjangkakan apabila Fernando dipecat makan Diaz juga akan 'keluar' dari JDT.
"Selepas siasatan, saya pecat jurulatih kecergasan itu, saya bercakap dengan Alistair dan ketua pencari bakat dan wakil delegasi asing JDT, Martin Prest bahawa saya jamin pemain itu pun akan ikut".
TMJ berkata begitu kerana tahu hubungan yang amat rapat antara kedua individu terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment