Write For Us

Tuan Sabariah sebak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Ibu Nik Omar Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mula turun berkempen di kawasan anaknya bertanding di dewan undangan negeri (DUN) Chempaka.
Namun, isteri bekas mursyidul am PAS, allahryarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkempen bagi calon lawan anak keduanya yang mewakili parti PAS, Ahmad Fathan Mahmood.
Tuan Sabariah berkata, beliau sehingga kini tetap berpegang pada pesanan allahyarham Nik Abdul Aziz bahawa tiada parti lain yang lebih baik berbanding parti PAS.
Beliau berkata demikian ketika tampil berkempen di DUN Chempaka, Kota Bharu, seperti video yang disiarkan Facebook Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa.
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti, Nik Omar yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) bakal berdepan penyandang kerusi tersebut Ahmad Fathan dan seorang lagi calon daripada BN, Ahmad Fareez Nor Amran.
Terdahulu Nik Omar dilihat akan menerima 'tentangan' daripada keluarga sendiri selepas adiknya, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan berkata, ibunya sendiri bakal turun berkempen untuk calon PAS.
Sementara itu, Tuan Sabariah yang melalui rakaman video tersebut tidak mampu menahan emosi dengan situasi yang dihadapinya kini.
"Ambo ini Tuhan duga kuat jugalah (kali ini). Tapi ambo tak turut yang lain, ambo kekal dengan hak asal (PAS) juga," katanya yang dilihat gagal mengawal emosi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment