Write For Us

'Sebak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Wanita warga asing yang mendakwa isteri kepada seorang lelaki yang maut ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, hari ini hadir di stesen minyak bagi menjalankan upacara keagamaan.
Upacara yang bermula 4.45 petang itu diketuai seorang sami dan berakhir 5.15 petang.
Polis turut mengawal keselamatan kawasan sekitar.
- Lelaki maut digilis di stesen minyak
Dalam kejadian 7.30 malam kelmarin, mangsa berusia 44 tahun mati ditempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika singgah mengisi angin kereta Volkswagen Polo di stesen berkenaan bersama wanita warga asing berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment