Write For Us

Tubuh 'misi perdamaian' selamatkan 'tebusan', kata DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Wakil rakyat DAP hari ini menyarankan penubuhan sebuah "misi perdamaian" Parlimen untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang menjadi “tebusan” di Korea Utara.
"Kami mahu misi perdamaian ini terdiri daripada ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang, untuk membantu menyelesaikan masalah ini," kata Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pada sidang media hari ini.
Ditanya sama ada mereka bersedia untuk ke Korea Utara, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata bahawa mereka seharusnya pergi ke 'negara berkecuali’.
Pyongyang hari ini bertindak menghalang rakyat Malaysia yang berada di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara bagi memastikan keselamatan anggota diplomat dan rakyatnya yang berada di negara ini.
Ia susulan tindakan Malaysia mengusir Duta Korea Utara Kang Chol kerana membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Februari lalu.
Jong-nam adalah abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Pyongyang turut bertindak balas dengan mengusir duta Malaysia di Pyongyang, semalam dengan memberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara itu.
Bagaimanapun duta Malaysia itu telahpun diarahkan pulang sejak minggu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment