Write For Us

Tugas Majlis Penasihat Kerajaan sudah tamat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Mandat selama 100 hari yang diberikan kepada Majlis Penasihat Kerajaan sudah disempurnakan, kata pengerusinya Tun Daim Zainuddin.
Menurut beliau majlis tersebut juga sudah menyiapkan satu laporan mengenai cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai untuk dikemukakan kepada kerajaan.
Bekas menteri kewangan itu menambah, laporan tersebut akan diserahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad esok, iaitu apabila perdana menteri pulang dari lawatan rasminya ke China.
Kata Daim secara keseluhan majlis penasihat tersebut bertemu dengan lebih 350 individu serta mewakili lebih 200 pertubuhan, termasuk agensi penguat kuasa, wakil sektor perbankan, dewan perniagaan dan pengguna.
Untuk rekod majlis penasihat yang dianggotai lima tokoh terkemuka itu ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas gabungan terbabit berjaya membentuk kerajaan pusat.
Selain Daim, ia turut dianggotai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara), Tan Sri Hassan Merican (bekas presiden merangkap ketua pegawai eksekutif Petronas) Tan Sri Robert Kuok (tokoh korporat) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment