Write For Us

Tun M bersuara, 'rosaklah...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersuara mengenai isu penukaran hak milik tanah FELDA di jalan Semarak.
Mengulas siapa yang harus bertanggungjawab terhadap skandal ini, Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus tahu mengenai skandal ini kerana Najib adalah Perdana Menteri.
"FELDA bukan dia (Najib) yang mengurus. Tetapi apabila berlaku kerugian dalam perniagaan mata wang oleh Bank Negara, Perdana Menteri pada masa itu disalahkan. Bahkan nak diambil tindakan undang-undang, suruh polis siasat.
"Jadi macam mana nak katakan Perdana Menteri tidak terlibat dalam kes FELDA ini kerana perkara-perkara yang besar harus dilaporkan kepada Perdana Menteri," kata Mahathir dalam satu video yang di kongsi dilaman Facebook Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment