Write For Us

Tun M: Bertandinglah 100 kalipun, PAS tidak akan menang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam posting diblognya bertajuk PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR.
Bagi Bekas perdana menteri itu PAS tidak akan menang untuk membentuk kerajaan persekutuan walaupun mereka bertanding seratus kali.
PAS tidak pernah menang di peringkat pusat dan hanya parti pengacau yang memecahbelah dan melemahkan orang Islam.
 
Tambah Negarawan itu lagi, hasrat PAS hanya untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menang dalam pilihan raya umum.
 
Dalam pertandingan tiga penjuru, Mahathir mendakwa bahawa PAS akan memikat sokongan penyokong anti-Kerajaan BN, dengan itu mengurangkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
 
Tulis Mahathir lagi, Walaupun PAS kalah, tidak mengapa bagi mereka kerana niat mereka adalah untuk Najib menang.
Negarawan itu turut menimbulkan persoalan. Kenapa PAS berbuat demikian?
 
Adakah dedak memainkan peranan dalam hal ini?
Mahathir berkata beliau sedar kebenaran ini akan menyebabkan pelampau PAS marah amat sangat. Tetapi kebenaran masih kebenaran, walaupun memedih telinga mendengar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment