Write For Us

"Tun M dah tak betul dah," kata Ku Nan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap mengkritik kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
Tengku Adnan berkata beliau tidak memahami apa sebenarnya yang dikehendaki Mahathir.
"Mahathir ni tak faham apa yang dia hendak. Dia sudah-sudahlah waktu dia dah habis. Apa lagi nak kacau kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri yang ada sekarang ikut cara Datuk Seri Najib la.
"Dan negara ini tidak ada masalah, negara ini sedang bergerak dan Tun Mahathir saya tak faham apa yang dia nak. Barangkali dia kecewa kerana anak dia tak dapat jadi Naib Presiden," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas hadir di majlis sambutan aidilfitri DBKL hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment