Write For Us

"Tun M, menang dulu PRU," nasihat Ketua Puteri Umno

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
130 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar bertanding terlebih dahulu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum melahirkan hasrat untuk kembali menjadi perdana menteri.
Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PPBM itu.
Mas Ermieyati ditemui pemberita ketika hadir di Majlis Iftar di Dataran Merdeka, semalam.
Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata beliau tidak menolak akan mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan perdana menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan terbabit.
Mahathir merupakan perdana menteri keempat yang menyandang jawatan itu selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment