Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz enggan mengulas lanjut berhubung penyertaan semula bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke Umno.
"Saya tak tahu, tanya dia," katanya sambil berlalu pergi untuk menghadiri majlis di Putrajaya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Forum 'Holiday Law Conference' hari ini di Ampang.
Ketika ditanya spekulasi ada di kalangan pemimpin yang kembali ke pangkuan Umno dalam masa terdekat, Nazri berkata parti akan bergerak ke arah persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 sama ada dengan mereka atau tidak.
Jelas Nazri, kepimpinan parti sudahpun memfokuskan usaha untuk memenangi hati rakyat pada PRU akan datang.
Sementara itu, Nazri menjemput bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasan parlimennya, Padang Rengas.
Terdahulu, Mahathir dikhabarkan akan bertanding di Langkawi ataupun di Putrajaya, sekiranya mendapat sokongan daripada pimpinan Pakatan Harapan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment