Write For Us

Tun M tiada hak cakap soal perpaduan, kata Sultan Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta untuk menutup mulutnya daripada membuat kenyataan liar mengenai 'Bangsa Johor'.
The Star melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkata demikian dalam reaksinya terhadap Mahathir dalam satu forum di mana menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.
Sultan Ibrahim menyifatkan ia adalah sebahagian daripada imaginasi Mahathir, yang mana usaha Sultan Johor itu komited dalam menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, termasuk orang Melayu.
Kata Sultan Ibrahim lagi, Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan, kerana beliau adalah punca kepada masalah yang berlaku sekarang di negara ini.
Sultan Ibrahim berkata istilah 'Bangsa Johor' yang dicipta oleh moyangnya pada 1920 bertujuan untuk menyatukan semua kaum di negeri ini, hanya "untuk kerjasama, keharmonian dan keamanan".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment