Write For Us

Tun M uji, pandu sendiri Proton naik ke Genting Highlands

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis tohmahan sesetengah pihak bahawa beliau bukan penggemar kereta Proton, sungguhpun mempunyai kereta mewah lain selain Proton.
Mahathir berkata beliau memandu sendiri kereta Proton setiap hujung minggu, melainkan untuk ke pejabat pada hari bekerja menggunakan kereta lain dan duduk di belakang.
Untuk membuktikan jiwanya sentiasa bersama Proton, kata Mahathir, beliau menjadi 'ketua uji' untuk semua kereta nasional itu bagi merasai sendiri kualiti sesuatu kereta itu.
"Saya ini jadi chief tester untuk semua kereta Proton semasa ia bangun dan semasa ia dipasarkan. Saya selalu menggunakan kereta Proton untuk ujian dan saya membawa semua kereta Proton setiap hujung minggu sendiri, melainkan ke pejabat saya guna kereta lain saya duduk di belakang bukan saya jadi pemandu.
"Bagi kereta Proton, saya nak memandu sendiri. Sehingga sekarang ini pun, saya ada satu jenis kereta Proton yang diubah suai yang saya tiap-tiap minggu saya uji, naik ke Genting Highlands, guna enjin kecil. Semua saya uji sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi pentanyaan secara langsung di Facebooknya hari ini.
Sesi itu dikendalikan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment