Write For Us

Syed Saddiq mahu pandu sendiri ke Cameron Highlands

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Di tengah-tengah dakwaan penggunaan sumber kerajaan oleh Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan memandu sendiri ke Cameron Highlands untuk menyertai kempen, dan hanya atas kapasiti sebagai ketua pemuda Bersatu.
"Apa yang paling mustahak kita ikut piawaian yang telah ditetapkan.
"Esok saya juga akan ke Cameron Highlands, tetapi atas kapasiti saya (sebagai ketua pemuda Bersatu).
"Saya akan memandu sendiri (ke sana), semua pun buat sendiri," katanya ketika sidang media selepas sambutan Hari OKU di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau diminta mengulas dakwaan penyalahgunaan jentera kerajaan oleh PH dalam kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment