Write For Us

'Hidup Kayveas! Kami mahu Cameron Highlands'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Kira-kira 100 penyokong Tan Sri M Kayveas berkumpul di luar pejabat MyPPP ketika majlis tertinggi parti itu sedang mengadakan mesyuarat.
Mereka melaungkan Hidup Kayveas" dan "Kami mahu Cameron Highlands" sambil memegang sepanduk, yang antaranya tertera "Jangan cabar kesetiaan kami."
MyPPP akan mempertimbangkan semula keahliannya sebagai parti komponen BN selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Tindakan itu susulan percubaan Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas untuk mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang secara tradisi diperuntukkan kepada MIC.
"Majlis Tertinggi MyPPP sebulat suara memutuskan untuk kekal bersama BN.
"Walau bagaimanapun, ini akan dipertimbangkan semula selepas mesyuarat antara presiden MyPPP dan pengerusi BN sebelum agihan kerusi dimuktamadkan," kata Kayveas pada sidang akhbar di luar ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment