Write For Us

Tangani isu kos hidup, kata PM lepas kekalahan di Cameron Highlands

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Kerajaan harus menangani isu kos sara hidup yang tinggi, terutamanya yang dihadapi golongan luar bandar, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata demikian selepas Pakatan Harapan kalah dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands, Sabtu lalu.
“Kita harus lebih tahu apa yang mereka tidak gembira. Kita tahu antara perkara yang menjejaskan mereka ialah kos hidup yang tinggi.
“Kos sara hidup bagi orang kaya tidak ada apa-apa maksud tetapi bagi orang miskin ia masalah besar. Dan mereka ini (pengundi Cameron) orang miskin di luar bandar.
“Kita mesti cari jalan untuk kurangkan kos hidup dan membantu mereka mendapatkan pendapatan lebih,” katanya menjawab soalan media selepas sebuah acara di Putrajaya.
Mahathir juga berkata kemenangan BN tidak mengejutkan memandangkan parti itu memang kuat di kawasan luar bandar.
“Dan mereka juga mainkan isu perkauman,” katanya.
Mahathir bagaimanapun berkata rakyat telah membuat keputusan dan ia harus diterima.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment