Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kesal dengan insiden pintu pagar ibu pejabat itu dikunci oleh sekumpulan Pemuda Pakatan Harapan pada 23 Mei lalu dan laporan polis dibuat selepas kejadian itu.
Hashim berkata wakil sayap Wanita dan Pemuda Pakatan Harapan itu hadir ke situ bagi menyerahkan memorandum mengenai isu kekeliruan pengundi berdaftar.
Jelasnya, mereka menunjukkan kepada para pegawai SPR gambar beberapa rumah kosong yang alamatnya didakwa digunakan beberapa orang untuk mendaftar sebagai pengundi.
“Mereka datang kerana mahu tunjukkan gambar itu kepada kami, tetapi bukan begitu bagaimana sistem kami berfungsi, tak memadai dengan menunjukkan gambar kepada kita pada bila-bila masa.
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, sistem kami menetapkan kamu buat bantahan dalam tempoh bantahan selepas pendaftaran diproses. Mengapa kamu tunjukkan gambar kepada saya?” katanya pada sidang media hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment