Write For Us

'Type C': Syarikat ayam goreng DFC mohon maaf, nafi sikap rasis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
37 Views
Published
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darsa Mohammed Faiz Zuhdi menegaskan bahawa restoran mereka tidak bersikap rasis atau perkauman seperti yang didakwa orang ramai.

Katanya, pihaknya tidak bersetuju dengan penggunaan sentimen agama, kaum dan politik demi menarik pelanggan dalam sesebuah perniagaan.

Pada 7 Mei lalu, DFC telah membuat permohonan maaf berhubung komen di laman rasminya yang didakwa pengguna media sosial berbaur perkauman.

Namun, pekerja restoran yang bertindak sebagai pengendali laman Facebook mereka membalas komen dengan mengingatkan seorang pelanggan agar tidak "ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh Type C", yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment