Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno dan Pas tidak akan bergabung menjadi satu parti kerana ia langkah yang tidak strategik.
Menurut Annuar, kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan mengajak PAS bergabung disalah tafsir kerana ia merujuk bergabung tenaga dan bukannya bergabung parti.
Annuar yang ditemui di lobi Parlimen turut menjelaskan jika ada kemungkinan yang paling dekat untuk Umno bergabung ialah bersama parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ideologi kedua-dua parti yang memperjuangkan hak bumiputra.
Namun Annuar menegaskan ia bukanlah bermaksud kedua-dua parti melayu itu akan bergabung cuma hanya memberi contoh gabungan yang diperlukan oleh Umno.
Minggu lalu, Zahid secara terbuka dalam satu ceramah mempelawa Pas untuk bercantum ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di Dataran Kampung Gajah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment