Write For Us

'UMNO juga bersama MCA dan MIC, tak timbul isu keluar kabinet'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Naib presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan UMNO juga masih menjalinkan kerjasama bersama MCA dan MIC di dalam Barisan Nasional selain bergabung dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

Katanya isu menteri UMNO keluar kabinet tidak harus timbul kerana Bersatu sebelum ini bukan saja setuju bergabung dengan Umno dan Pas untuk membentuk Perikatan Nasional, tetapi juga dengan MCA dan MIC.

Beliau mengulas kenyataan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam "pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)"

Selain itu katanya, walaupun pemimpin parti bebas menyuarakan pandangan, namun keputusan hanya dibuat oleh Majlis Tertinggi dan kenyataan lain yang dibuat tidak mewakili parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment