Write For Us

'Dua veteran UMNO keluar parti memang terkenal bersama dengan PBBM'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
115 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut baik keputusan oleh dua pemimpin veteran Umno Johor untuk meninggalkan parti itu kerana membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zahid, yang menjalankan kerja-kerja timbalan presiden Umno, berkata kedua-dua mereka - Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti - memang terkenal sebagai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Saya mengalu-alukan keputusan mereka kerana mereka memang terkenal bersama-sama dengan pihak PBBM.
“Baguslah bersama mereka dari terus menjadi duri dalam daging,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia ke-8 di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur.
Kedua-dua mereka mengumumkan peletakan jawatan masing-masing daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian.
Keputusan mereka untuk meninggalkan parti berkenaan dibuat sehari selepas Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran parti serpihan Umno itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment