Write For Us

Anak 'singa Umno' Syed Hamid keluar parti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.
Menerusi satu kenyataan media, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.
Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu lagi, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno dan hari ini parti itu bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.
Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.
Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.
Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment