Write For Us

'Keluar Umno ketika parti diuji bukan sikap terpuji'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang bertindak meninggalkan parti itu.
Dalam satu kenyataan, katanya, meninggalkan Umno ketika parti sedang diuji, dengan alasan kelemahan parti adalah tidak wajar bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani.
Atas alasan apapun, jelasnya, tindakan tersebut sangat tidak wajar dilakukan apatah lagi mereka dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang Umno berikan.
Beliau berkata, walaupun kesal dengan tindakan Mustapa dan Anifah namun Umno menghormati keputusan kedua-dua mereka dan mengucapkan selamat maju jaya.
Ahmad Zahid juga berharap perkembagan itu tidak akan melemahkan anggota parti itu menjelang perhimpunan agung parti pada penghujung bulan ini.
Presiden Umno itu turut meminta agar semua pemimpin dan ahli parti di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin serta memberi kepercayaan kepada pimpinan bagi menangani keadaan tersebut.
Mustapa, membuat kejutan malam semalam dengan mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Susulan pengumuman itu, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan Ahmad Zahid.
Katanya, kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.
Terbaru, Anifah pula mengumumkan pendiriannya meninggalkan Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment