Write For Us

Umno! 'lillahi taala'!, Tun M persoal kait agama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa kerana mengaitkan Umno dengan tuhan semasa ucapan yang dibuat di Kelantan baru-baru ini.
Pengerusi Pakatan Haparan itu bertanya sama ada semua kesilapan yang telah dilakukan Umno adakah "kerana tuhan"?
Dalam video klip pendek yang dikongsi di laman Facebook peribadi Mahathir, Annuar dilihat menyuruh penonton untuk menyahut laungan dengan 'Lillahi ta’ala' setiap kali Annuar menjerit 'Umno'
Turut kedengaran didalam video itu Annuar membandingkan jika parti PAS menyebut takbir manakala Umno - Lillahhitaala.
Namun tidak diketahui bila video itu dirakam tetapi difahamkan video itu diambil ketika pelancaran jentera pilihanraya di Pangkal Kalong di Kelantan.
Mahathir turut menyindir bahawa Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh UMNO adalah kerana Allah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment