Write For Us

PERKASA: Dominic 'kurang cerdik' persoal sekolah agama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
167 Views
Published
Naib Ketua Wira PERKASA, Mohamad Shahiran Safwan menyifatkan Naib Ketua GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sebagai 'kurang cerdik' apabila mempersoalkan dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan.
Shahiran turut mendesak pihak polis untuk bertindak tegas terhadap Dominic.
Memetik Free Malaysia Today semalam, Dominic dilaporkan mempersoalkan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.
Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.
“Sekurang-kurangnya di sekolah Cina kita mempunyai 12% pelajar bukan Cina,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.
Sementara itu, Dominic dalam satu kenyataan menarik balik dan memohon maaf ekoran kenyataannya yang mendakwa sekolah agama yang dibiayai kerajaan mengancam perpaduan negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment