Write For Us

Peneroka protes di luar Parlimen, menteri respon kurang cerdik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama di bawah kerajaan Pakatan Harapan gagal melindungi kepentingan mereka.
Kira-kira 200 ahli badan bukan kerajaan yang mewakili pekebun kecil dan peneroka berkata, kerajaan sepatutnya tampil dengan rancangan jangka pendek dan panjang untuk menangani isu dalam industri kelapa sawit.
Mereka turut menuntut kerajaan menetapkan harga terendah untuk komoditi seperti getah dan kelapa sawit.
NGO itu termasuk Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil Pemuda Umno (Pembela), Pertubuhan Kebajikan Warga Felda Malaysia (PKWFM) dan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).
Namun, Menteri Industri Utama, Teresa Kok pula berkata tidak ada sebab untuk peladang kelapa sawit mengadakan protes kerana harga sawit sudah naik.
Katanya, harga sawit sudahpun mencecah RM2,500 setan metrik pada bulan lalu dan menyifatkan tindakan mengadakan protes di Parlimen adalah satu tindakan tidak cerdik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment