Write For Us

UMNO perlu calon tahap 'Miss Word' untuk menang, kata Mat Taib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, bekas naib presiden Umno yang pernah berpaling tadah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyarankan parti itu supaya meletakkan calon berkebolehan.
Katanya, kriteria pemilihan calon itu perlulah sama seperti yang dilakukan ketika memilih ratu cantik di peringkat antarabangsa, iaitu individu yang boleh diterima rakyat serta mampu menandingi calon pembangkang.
“Saya fikir Umno kena berani letak calon yang buat orang ghairah, orang suka dan dengan sendiri orang sebut-sebut, ini nampaknya Umno berani letak calon diterima dan calon imej kurang baik ketepikan.
“Orang nak tengok kali ini DAP, PAS, BERSATU letak calon. Kalau mereka letak yang profesional dan Umno letak calon lekeh nanti maca mana kita nak suruh orang undi calon kita yang tak berapa cemerlang.
“Calon-calon kita yang dihantar oleh BN untuk menang dan calon ini mestilah macam nak masuk Miss World, takkan kita nak hantar yang kemetot je rupanya. Lepas itu kita kata (Ratu cantik ini) ni calon Malaysia dan harap dia akan menang.
“Orang tengok pun alamak, badan lain macam dan macam mana nak bertanding calon, kita kena hantar the best, terbaik dari semua segi,” katanya kepada pemberita pada sidang media menjelang Perhimpunan Agung Umno di Pejabat Umno Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment